Reaksi Tanah runtuh Batang Kali 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan rasa kebimbangan dan rasa terkejut terhadap peristiwa itu, sambil mengumumkan bahawa dia akan melawat tapak bencana pada malam selepas tanah runtuh.[49] Beliau turut menggesa rakyat Malaysia mendoakan kejayaan usaha menyelamat dalam bencana itu.[50] menteri kerajaan seperti Tuan Nga Kor Ming, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Tuan Ahmad Fahmi Fadzil dan Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad juga dilaporkan merancang lawatan serupa.[51]

Dalam pada itu, setiausaha kerajaan negeri Selangor mengarahkan semua tempat perkelahan dan perkhemahan di negeri itu diarah tutup selama seminggu bermula 17 Disember 2022.[52]

Bantuan

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan bantuan permulaan segera sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya. Beliau berkata, bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada ketua isi rumah bagi mangsa yang tidak terkorban.

Rujukan

WikiPedia: Tanah runtuh Batang Kali 2022 //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Tanah... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tanah-r... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tanah-r... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tanah-r... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tanah-r... https://www.astroawani.com/video-malaysia/tanah-ru... https://www.bernama.com/bm/am/news_bencana.php?id=... https://www.bernama.com/en/general/news_disaster.p... https://www.bernama.com/en/general/news_disaster.p... https://www.bernama.com/en/news.php?id=2148341